Saturday 28 March 2015

BICARA ADMIN

Salam MTB kepada semua...

Atas permintaan ramai, KRT Taman Garing Utama dengan kerjasama Kelab Basikal TGU Bikers akan menganjurkan cabaran basikal MTB, TGU Mini Jamboree 2015 pada 13 September 2015.

Ini merupakan penganjuran kali ke-3 selepas menganjurkan dua siri Funride sebelum ini pada tahun 2013 dan 2014. Selaras dengan perkembangan sukan berbasikal MTB, pada tahun ini status cabaran dipertingkatkan kepada Mini Jamboree bagi memenuhi permintaan dan harapan semua rider MTB negara.

Justeru, jangan ketinggalan untuk miliki Medal unik, baju T-Shirt berkualiti (Microfibre), Cabutan bertuah dan lain-lain.
 

Mini Jamboree ini pasti menjanjikan cabaran, kepuasan kayuhan maksimum.

Semua Rider MTB dijemput untuk merasai cabaran
TGU mini Jamboree 2015.