Saturday 13 June 2015

MAKLUMAN

Selaku penganjur, KRT Taman Garing Utama serta TGU Bikers mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua rider yang telah menyertai dan menyokong event TGU Mini Jamboree 2015 semalam. 

Sesungguhnya penyertaan dan sokongan rider semua amat kami hargai serta merupakan faktor kejayaan event ini. Sokongan rider semua telah menaikkan semangat kami untuk terus menganjurkan event MTB ini pada masa-masa akan datang.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penaj...a, crew, penduduk Taman Garing Utama dan agensi berkaitan serta individu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran ini. Sumbangan dan pengorbanan tidak ternilai dan amat dihargai.

Terima kasih semua kerana menyokong event TGU Mini Jamboree 2015.

Monday 30 March 2015

JEMPUTAN

SEMUA RIDER MTB MALAYSIA
DIJEMPUT UNTUK MENYAHUT
CABARAN


Saturday 28 March 2015

BICARA ADMIN

Salam MTB kepada semua...

Atas permintaan ramai, KRT Taman Garing Utama dengan kerjasama Kelab Basikal TGU Bikers akan menganjurkan cabaran basikal MTB, TGU Mini Jamboree 2015 pada 13 September 2015.

Ini merupakan penganjuran kali ke-3 selepas menganjurkan dua siri Funride sebelum ini pada tahun 2013 dan 2014. Selaras dengan perkembangan sukan berbasikal MTB, pada tahun ini status cabaran dipertingkatkan kepada Mini Jamboree bagi memenuhi permintaan dan harapan semua rider MTB negara.

Justeru, jangan ketinggalan untuk miliki Medal unik, baju T-Shirt berkualiti (Microfibre), Cabutan bertuah dan lain-lain.
 

Mini Jamboree ini pasti menjanjikan cabaran, kepuasan kayuhan maksimum.

Semua Rider MTB dijemput untuk merasai cabaran
TGU mini Jamboree 2015.